Keganasan di Afghanistan bagaikan tiada titik penamat.<br />Terbaharu, satu lagi letupan bom berlaku di wilayah Herat sehingga menyebabkan lapan terbunuh dan 47 cedera.<br />Kata Rafiq Sherzain, jurucakap hospital wilayah berkenaan, kejadian letupan yang berlaku pada lewat Jumaat itu turut mengakibatkan 14 rumah rosak dengan beberapa individu kini berada dalam keadaan kritikal.
